KEK PISANG
▼
Monday, September 26, 2016
DAGING MASAK LADA HITAM
DAGING MASAK LADA HITAM
sumber : buku masakan Ruzita Kitchen...
Bahan-Bahan :
400 gm daging batang pinang - potong kecil
1 biji tomato - potong baji
2 helai daun limau purut - hiris
2 biji bawang merah - hiris
1 biji bawang besar - potong bulat
4 ulas bawang putih - hiris
1/2 cawan sos lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu besar sos tiram
1 biji cili merah - hiris
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak
Cara Memasak :
1. Gaul daging bersama garam dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk.
2. Bila air dalam kuali sudah kering, masukkan minyak.
3. Masukkan bawang putih, tumis hingga garing.
4. Masukkan bawang merah, gula, sos tiram, sos lada hitam dan serbuk lada hitam, kacau.
5. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan cili merah. Taburkan daun limau purut.
6. Sesuaikan rasa dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment