KEK PISANG
▼
Sunday, September 25, 2016
EGGLESS BANANA CAKE
EGGLESS BANANA CAKE
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
300 gm pisang masak ranum
180 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
100 gm gula kastor
160 ml minyak sayur
1 sudu teh esen vanilla
Hirisan badam atau chocolate chips secukupnya
Cara-Cara :
1. Lenyek pisang, masukkan gula dan minyak. Kacau rata sehingga gula larut.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda.
3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit ke dalam bahan basah dan kacau dengan spatula sehingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 4 inci x 8 inci yang disapu mentega dan dilapik dengan kertas minyak. Taburkan dengan hirisan badam atau chocolate chips atau kedua-duanya sekali (jika suka).
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180'C selama 40-50 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
6. Setelah masak, sejukkan dan bolehlah dipotong untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment