KEK PISANG
▼
Wednesday, September 28, 2016
PENGAT KELEDEK
PENGAT KELEDEK
sumber : Myresipi.com...
Bahan-Bahan :
3 biji keledek - saiz sederhana, dipotong kecil
1/2 cawan sagu mata ikan - dibasuh & toskan
1 biji kelapa - ambil santannya atau 1 paket santan serbuk
2 helai daun pandan - dibasuh & disimpul
1/2 sudu kecil garam
Gula Melaka & gula pasir secukup rasa
Air secukupnya
Cara-Cara :
1. Rebus keledek yang telah dipotong kecil dengan air yang mencukupi. Rebus hingga empuk.
2. Masukkan gula melaka dan gula pasir secukupnya. Masukkan juga sagu mata ikan yang telah dibasuh.
3. Masukkan daun pandan, santan dan garam akhir sekali. Kacau. Tunggu hingga mendidih seketika dan bolehlah tutup api.
4. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment