KEK PISANG
▼
Thursday, September 29, 2016
ASPARAGUS GORENG...
ASPARAGUS GORENG
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 paket asparagus - potong serong
1 biji tomato - potong kiub
1 sudu besar sos tiram
Bawang goreng secukupnya - untuk taburan
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk Lumat/Kasar :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis - cuci bersih & rendam seketika
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga berbau harum.
2. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukupnya.
3. Masukkan asparagus, kacau rata hingga asparagus sedikit layu. (Tambah sedikit air jika ianya kering).
4. Masukkan tomato, kacau rata dan sesuaikan rasanya, tutup api.
5. Akhir sekali tabur sedikit bawang goreng.
6. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment