KEK PISANG
▼
Monday, October 17, 2016
BENDI GORENG...
BENDI GORENG
cookbook : Ruzita's Kitchen...
Bahan-Bahan :
10 batang kacang bendi - potong serong
1 biji cili merah - hiris
1 sudu makan udang kering - tambahan
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
Garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga berbau harum.
3. Masukkan sos lada hitam dan sos tiram.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa, kacau.
5. Masukkan kacang bendi, kacau.
6. Bila kacang bendi telah layu, masukkan cili merah dan kacau rata.
7. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment