KEK PISANG
▼
Friday, October 14, 2016
IKAN MASAM MANIS...
IKAN MASAM MANIS
Majalah RASA Oktober 2016...
Bahan-Bahan :
1 keping ikan Dory - potong kecil
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
sedikit garam
1 biji cili merah - buang biji & potong dadu atau hiris serong
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - cincang halus
3 cm halia muda - hiris halus
3 sudu makan sos plum
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan cuka
1/2 cawan air
garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng & menumis
Cara Memasak :
1. Lumurkan lada sulah, garam serta tepung jagung kering.
2. Panaskan minyak, goreng ikan kemudian angkat dan toskan. Ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi.
4. Masukkan sos tomato, sos plum dan sos ikan, kacau rata.
5. Seketika kemudian masukkan air dan cuka.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi, gaul rata kemudian angkat.
8. Sebelum dihidangkan taburkan cili merah yang telah didadu atau dihiris serong tadu. Taburkan dengan sedikit bawang goreng, jika suka...
No comments:
Post a Comment