KEK PISANG
▼
Friday, October 14, 2016
TAUHU ASAM PETAI...
TAUHU ASAM PETAI
Majalah RASA Oktober 2016...
Bahan-Bahan :
1 paket tauhu basah
1 biji bawang besar - hiris bulat
100 gm petai
Garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
6 tangkai cili kering
1 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan Sos :
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan gula melaka - dicairkan (tak letak)
Sedikit air
Cara Memasak :
1. Potong dadu tauhu dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
4. Kemudian masukkan petai dan bawang besar, biarkan petai masak seketika.
5. Seterusnya masukkan air asam jawa dan sedikit air. Biarkan mendidih.
6. Masukkan tauhu yang telah digoreng tadi.
7. Perasakan dengan bahan sos lain (sos plum, gula melaka yang dicairkan) berserta garam dan gula secukupnya.
8. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment