JUS APPLE ASAM BOI
sumber : seripayaku...
Bahan-Bahan :
1 biji apple (hijau/merah) - dipotong 4
1 sudu kecil serbuk asam boi
2-3 biji asam boi putih
1 biji limau kasturi - dipotong 2
1 sudu kecil gula pasir atau ikut citarasa
2 cawan air
sedikit ais kiub
Cara-Cara :
1. Kisar hancur buah epal.
2. Apabila siap, tapiskan airnya.
3. Tuangkan ke dalam bekas berlainan. Masukkan gula dan serbuk asam boi, kacau sebati.
4. Perasakan dengan curahan air limau kasturi dan kemudian masukkan ketulan asam boi. Kacau sebati.
5. Tuangkan ke dalam gelas, masukkan beberapa ketulan ais kiub.
6. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment