KEK PISANG
▼
Sunday, October 23, 2016
KARI AYAM...
KARI AYAM
sumber : Ruzita's Kitchen cookbook...
Bahan-Bahan :
400 gm ayam - potong kecil (saya guna 1/2 ekor)
1 biji kentang - kupas kulit & potong kiub
2 sudu makan rempah kari ayam/daging (saya guna 1 paket kecil)
1 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1/2 sudu kecil halba
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 liter santan
1 sudu besar cili kisar
1/5 keping gula melaka
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih serta halba.
2. Bila bawang layu, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga, kacau.
3. Masukkan daun kari dan halia, kacau rata.
4. Masukkan rempah kari. Kacau hingga rempah masak/garing atau terbit minyak.
5. Masukkan ayam dan kentang, perlahankan api dan tutup periuk. Biar hingga ayam dan kentang empuk.
6. Masukkan sedikit air (jika perlu) untuk mengelakkan rempah hangit. Masukkan santan, kacau rata tanpa henti.
7. Masukkan cili kisar, gula melaka, garam dan kerisik. Sesuaikan rasa dan tutup api...
No comments:
Post a Comment