KEK PISANG
▼
Friday, October 7, 2016
KUBIS MASAK LEMAK PUTIH RINGKAS...
KUBIS MASAK LEMAK PUTIH RINGKAS
sumber : SAJI Mei 2015...
Bahan-Bahan :
1 labu bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili merah - hiris (tak letak tiada stok)
250 gm kubis - hiris kasar
4 tangkai kacang panjang - potong-potong 1 inci (tambahan)
200 ml santan
200 ml air
1 sudu makan ikan bilis atau udang kering
Garam & lada hitam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Masukkan santan, bawang putih, cili merah, ikan bilis, garam dan lada hitam secukup rasa ke dalam periuk. Kacau dan biarkan hingga mendidih.
2. Kemudian, masukkan kubis, kacang panjang dan tambahkan sedikit air. Gaul sebati.
3. Selepas itu tutup periuk selama 5 minit atau hingga kubis, kacang panjang layu, lembut dan masak.
4. Sesuaikan rasanya dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment