KEK PISANG
▼
Friday, October 7, 2016
PUDING SAGU ALA-ALA CENDOL
PUDING SAGU ALA-ALA CENDOL
sumber : Ilham Dapur...
Bahan Puding :
1/2 cawan biji sagu
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
Pewarna hijau
Bahan Santan :
2 cawan santan
2 1/2 sudu besar tepung beras
1/3 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan - disimpul
Bahan-Bahan Lain :
Kacang merah dalam tin secukupnya
Jagung manis dalam tin secukupnya
Air gula melaka secukupnya (jika suka)
Cara-Cara :
1. Didihkan air bersama daun pandan dan pewarna hijau, masukkan biji sagu dan masak sambil dikacau sekali sekala hingga biji sagu bertukar cerah kemudian tuangkan di dalam bekas atau loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya.
2. Untuk santan : Sebatikan kesemua bahan dan di dalam periuk dan masak sambil dikacau selalu hingga mendidih dan pekat, tutup api dan terus kacau biar sejuk sedikit.
3. Bila nak hidang : ambil sagu dengan sudu, masukkan ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai dan tuangkan santan secukupnya, air gula merah (jika suka), kacang merah dalam tin dan jagung manis dalam tin. Sedap juga dinikmati bersama durian...
Bahan Air Gula : (Azie Kitchen)
Bahan-Bahan :
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan - carik & simpul
Cara-Cara :
Satukan semua bahan di dalam periuk. Masak hingga gula larut dan pekat kemudian ditapis.
No comments:
Post a Comment