KEK PISANG
▼
Wednesday, October 5, 2016
SUP TELUR CENDAWAN TIRAM...
SUP TELUR CENDAWAN TIRAM
Majalah RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
2 biji telur (saya guna 4 biji)
5 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cendawan tiram - potong/carik
Sedikit bunga kubis - potong
Sedikit daun sup - racik kasar
Sedikit suhun
1 mangkuk air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit wangi. Apabila sudah naik bau, masukkan air. Kacau perlahan.
2. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
3. Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira 3 minit.
4. Angkat dan sedia dihidangkan. Taburkan dengan sedikit bawang goreng jika suka.
No comments:
Post a Comment