KEK PISANG
▼
Wednesday, October 19, 2016
TAUHU SOS TIRAM...
TAUHU SOS TIRAM
sumber : Azlita Masam Manis...
Bahan-Bahan :
1 ketul tauhu lembut yang besar
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh serbuk perasa ayam Knorr
Daun bawang secukupnya - dihiris halus
Air secukupnya
Sedikit hirisan cili merah
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
Kukuskan tauhu selama 5 minit, angkat dan letakkan di dalam pinggan yang bersesuaian, ketepikan. Panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga berbau harum. Selepas itu masukkan sos tiram, kicap manis dan air secukupnya dan kacau sehingga mendidih. Masukkan serbuk perasa ayam Knorr, minyak bijan dan garam secukup rasa. Kacau sehingga pekat. Angkat dan tuangkan ke atas tauhu tadi. Taburkan daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili merah. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment