KEK PISANG
▼
Wednesday, October 19, 2016
BENDI GORENG TELUR...
BENDI GORENG TELUR
sumber : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
15 biji bendi - cuci & toskan, buang tampok & ekor, hiris nipis secara menyerong
2 biji telur - dipukuk seketika
sedikit garam
serbuk perasa
Bahan Kisar :
1 genggam ikan bilis - cuci, rendam seketika & toskan (tambahan)
3 biji cili merah - dibuang biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara Penyediaan :
1. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan bendi dan dikacau. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Agak-agak bendi dah separuh masak bolehlah dicurahkan telur sekelilingnya.
2. Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau. Biarkan sekejap sehingga agak kering dan bolehlah ditutup api.
3. Siap untuk dihidangkan. Sedap juga diratah begitu sahaja...
TIPS : Supaya bendi tidak berlendir, sebelum memotongnya hendaklah dibasuh bersih dahulu. Jangan dipotong dulu baru dibasuh. Bendi pula mestilah yang muda.
No comments:
Post a Comment