KEK PISANG
▼
Tuesday, November 15, 2016
AYAM KAPITAN...
AYAM KAPITAN
sumber : buku Ruzita's Kitchen...
dicuba : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
2 ketul ayam (saya guna 1/2 ekor dipotong kecil)
2 helai daun pandan - disimpul
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar minyak masak
Bahan Kisar :
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Masukkan daun pandan.
2. Masukkan bahan kisar, kacau rata.
3. Masukkan rempah kari dan cili kisar, kacau rata.
4. Masukkan ayam, perlahankan api dan biar hingga ayam empuk. Masukkan sedikit air jika perlu.
5. Masukkan santan, air, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga pekat.
6. Tutup api, angkat dan sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment