KEK PISANG
▼
Sunday, November 6, 2016
AYAM MASAM MANIS...
AYAM MASAM MANIS
cookbook : Ruzita's Kitchen...
dicuba : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
4 keping kepak ayam (saya guna 1/2 ekor ayam - dipotong kecil) - cuci bersih
1/2 cawan kacang peas dalam tin
4 biji cendawan butang - dihiris (tambahan)
1/4 biji lada benggala merah - dipotong kiub (tambahan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam
1/2 cawan nanas - dipotong dadu (saya guna nanas dalam tin)
Garam & gula secukupnya
Minyak secukupnya
Bahan Kisar :
4 biji cili kering - rendam dalam air panas sekejap
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1 inci halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dilumur dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Buang minyak lebihan dalam kuali dan tinggalkan anggaran 3 sudu besar.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
5. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan gula secukupnya. Kacau rata.
6. Masukkan kacang peas, cendawan butang, lada benggala merah dan nanas. Kacau rata.
7. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata.
8. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment