KEK PISANG
▼
Sunday, November 20, 2016
CUCUR SUSU LEMAK MANIS...
CUCUR SUSU LEMAK MANIS
sumber : seripayaku...
dicuba : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonate
6 sudu besar susu pekat manis (lebihkan jika suka manis)
1/2 cawan susu segar atau susu cair
garam secukup rasa
Cara-Cara :
1. Ayak bahan-bahan kering ke dalam mangkuk. Masukkan susu pekat manis dan tuangkan susu segar atau susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan licin dan sebati.
2. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil sekali sekala di balik-balikkan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembung sehingga keperangan.
3. Angkat cucur, toskan minyaknya dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment