KEK PISANG
▼
Monday, November 28, 2016
KARI AYAM TANPA SANTAN...
KARI AYAM TANPA SANTAN
sumber : jendeladapursuriantiramli...
dicuba : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam - dipotong kecil
2 peket kecil serbuk rempah kari
1 sudu besar serbuk kunyit
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & biji pelaga)
1 labu bawang besar dimayang - untuk tumis
Beberapa tangkai daun kari atau secukupnya
Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Bahan Lain :
Ubi kentang
Buah tomato
Cili merah
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang diingini)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan. Masukkan hirisan bawang besar dan juga daun kari. Bila dah harum, masukkan cili merah dan cili padi.
2. Setelah bahan tumis layu dan naik bau, masukkan bahan kisar dan rempah kari serta serbuk kunyit. Kacau sebentar.
3. Masukkan ayam dan kacau sebati. Tutupkan periuk dengan penutup periuk. Masak hingga pecah minyak.
4. Tambahkan air, kentang dan garam secukup rasa. Bila kentang dan ayam mulai empuk, masukkan buah tomato.
5. Kacau sebati, tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment