KEK PISANG
▼
Monday, November 28, 2016
POPIA SAYUR...
POPIA SAYUR
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 bungkus kulit popia bersaiz kecil 7 inci
1 batang timun atau zucchini *
1 batang lobak merah * ( * hiris halus memanjang - julienne )
Sedikit kobis - hiris halus atau taugeh
1 biji cili merah atau ikut kepedasan yang diingini *
1 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
1 sudu besar udang kering * - direndam seketika, cuci & tos ( * ditumbuk )
Cara Penyediaan :
1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan kesemua sayuran yang dihiris, gaulkan seketika hingga sebati dan tutup api. Sejukkan.
3. Ambil sehelai kulit popia, letak sesudu inti, lipat kiri kanan dan gulung hingga kemas, bahagian hujungnya disapu dengan sedikit air sebagai gamnya. Buat hingga habis.
4. Goreng popia sapur sehingga kuning keemasan. Hidangkan dengan sos pilihan...
No comments:
Post a Comment