KEK PISANG
▼
Thursday, November 3, 2016
KURMA TELUR...
KURMA TELUR
sumber : RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
4 biji telur - direbus & dikupas kulit
5 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 mangkuk santan
3 sudu teh serbuk rempah kurma
1 helai daun pandan
1 tangkai cili hijau - dibelah tanpa putus
1 tangkai cili merah - dibelah tanpa putus
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika. Masukkan bahan kisar dan serbuk rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sekata dan sebati.
2. Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan. Masukkan juga daun pandan. Kacau perlahan-lahan menggunakan api perlahan.
3. Apabila mendidih, masukkan telur. Masukkan juga cili merah dan cili hijau.
4. Biarkan selama kira-kira 3 minit, boleh matikan api, angkat dan hidangkan...
INFO : Untuk masakan yang lebih, gandakan resipi di atas...
No comments:
Post a Comment