KEK PISANG
▼
Thursday, November 3, 2016
MINI QUICHE ROTI...
MINI QUICHE ROTI
sumber : dapur Surianti Ramli...
dicuba : zaralovebaking... (sedap)
Bahan A :
8 keping roti - gelekkan/lenyek dengan rolling pin supaya rata, tekapkan bentuk bulat & ketepikan.
Bahan B : (Inti)
2 batang sosej - dipotong kecil atau boleh juga guna daging kisar
1/2 labu bawang besar - didadu kecil
1 sudu makan mentega
Sedikit capsicum merah & hijau
-- Cairkan mentega, masukkan bawang besar dan kacau hingga harum. Masukkan sosej (atau daging kisar), capsicum merah dan hijau. Kacau anggaran 3 minit dan matikan api.
Bahan C : (Sos Telur)
2 biji telur
1/3 cawan susu segar
1 sudu makan serbuk lada hitam
Secubit garam
-- Satukan kesemua bahan, kocok sebati menggunakan garfu.
Bahan D : (tabur)
Sedikit daun sup - dihiris halus
Parutan cheese Mozzarella
Cara-Cara :
1. Panaskan oven terlebih dahulu. Griskan loyang muffin dengan mentega. Letakkan roti yang telah digelek/lenyek tadi. Tekankan perlahan-lahan supaya roti memenuhi loyang muffin.
2. Sudukan bahan B (inti) ke dalam roti. Penuhkan dengan bahan C (sos telur) ke dalamnya. Taburkan bahan D. Jika sukakan cheese, bolehlah letak banyak.
3. Kemudian dengan segera masukkan quiche roti ke dalam oven untuk mengelakkan telur meresap ke dalam roti.
4. Bakar sehingga masak pada suhu 170'C selama 25-30 minit (bergantung pada oven masing-masing)..
No comments:
Post a Comment