KEK PISANG
▼
Sunday, November 13, 2016
NASI LEMAK HALBA yang serba kurang...
NASI LEMAK HALBA
sumber : Dapur Tanpa Sempadan...
Bahan-Bahan :
2 cawan beras basmathi - cuci, rendam selama 25 minit & toskan
3 cawan santan segar
1 batang serai - di titik
1 biji bawang besar saiz kecil - dibelah 4
3 ulas bawang putih - di titik
1/2 inci halia - hiris nipis
1 helai daun pandan - disimpul
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh biji halba
Bahan Sampingan :
Sambal tumis
Hirisan timun
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Telur rebus
Cara Memasak :
1. Cuci beras basmathi dan rendam selama 25 minit, toskan dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan serai, bawang besar, bawang putih, daun pandan, halia dan biji halba. Gaul rata. Masukkan garam di dalam santan, kacau hingga rata dan tuangkan santan tadi ke dalam periuk berisi beras basmathi tadi. Kacau rata dan masak seperti biasa.
2. Bila lampu pada periuk nasi elektrik bertukar dari "cook" ke "warm" ; biarkan sekejap dalam 10 minit. Kemudian matikan suis periuk nasi elektrik dan gemburkan nasi lemak dengan chopstick. (Jangan gembur banyak kali nanti nasi akan patah-patah, tidak cantik). Hidangkan nasi lemak halba bersama sambal tumis dan bahan-bahan sampingan lain. (tujuan suis periuk elektrik dimatikan ialah untuk mengelakkan nasi lemak menjadi berkerak)...
No comments:
Post a Comment