KEK PISANG
▼
Sunday, November 6, 2016
OLD FASHIONED PANCAKE...
OLD FASHIONED PANCAKE
sumber : Dapur Tanpa Sempadan...
dicuba : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum *
2 sudu teh baking powder * ( * digaul & diayak )
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula halus/gula kastor
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega - cairkan & sejukkan
Filling/topping :
Buah-buahan segar : strawberry, blueberry, kiwi, mangga dll.
Pilihan sos : sos coklat/sos strawberry
Madu, Maple Syrup
Cara-Cara :
1. Dalam satu bekas, masukkan telur, susu segar, gula halus/gula kastor dan garam. Kacau rata dengan whisk. Kemudian masukkan tepung yang diayak dan gaul rata. Tambahkan esen vanilla dan mentega cair. Kacau hingga semuanya sebati. Rehatkan adunan 10 minit.
2. Panaskan non-stick pan, kecilkan api pada tahap minima. Lenserkan dengan sedikit minyak/mentega. Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuangkan di tengah pan tadi. Biarkan ia rata dengan sendiri.
3. Bila permukaan pancake kelihatan berlubang-lubang dan kering, terbalikkan dan masak sekejap hingga keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan.
4. Hidangkan bersama buah-buahan segar pilihan, madu, maple syrup, sos coklat dan lain-lain...
No comments:
Post a Comment