KEK PISANG
▼
Friday, November 4, 2016
SPAGHETTI GORENG...
SPAGHETTI GORENG
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1/2 paket spaghetti (saya guna Angel Hair) - direbus hingga lembut & toskan
1 keping dada ayam - hiris nipis
3 ekor sotong - dihiris
3 batang sosej - dihiris
2 pelepah sawi - dipotong pendek
Segenggam tauge
3 sudu besar minyak masak
1/4 cawan air
2 biji telur rebus - belah 4/6 untuk hiasan
Sedikit sos tiram & tomato sos atau secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Bahan Kisar :
10 tangkai cili kering - direndam seketika & toskan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Penyediaan :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato, kacau rata.
2. Masukkan isi ayam, sotong dan sosej. Kemudian kacau rata.
3. Apabila sudah masak, masukkan garam dan air. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan sawi, kacau rata hingga sebati dan sayur sedikit layu.
5. Apabila sawi sudah lembut, masukkan spaghetti dan tauge.
6. Gaul rata dan sesuaikan rasanya
7. Semasa menghidang, taburkan hirisan daun bawang serta hiaskan dengan telur rebus...
No comments:
Post a Comment