KEK PISANG
▼
Friday, December 9, 2016
AYAM MASAK TEMPOYAK...
AYAM MASAK TEMPOYAK
cookbook : Ruzita's Kitchen...
Bahan-Bahan :
450 gm ayam - potong sederhana (saya guna 1/2 ekor)
1 biji tomato - belah 4
1 batang serai
1 helai daun kunyit - disiat (saya tambah)
1 liter santan
1/2 cawan air
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukupnya
Bahan Kisar :
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
3 sudu besar tempoyak
4 ulas bawang merah
1 biji cili merah
7 biji cili padi
Cara Memasak :
1. Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk.
2. Masukkan serai, daun kunyit dan asam gelugur.
3. Masukkan ayam, perlahankan api. Biarkan ayam empuk.
4. Masukkan santan. Kacau perlahan-lahan.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan sesuaikan rasa.
7. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment