KEK PISANG
▼
Friday, December 9, 2016
KUIH BADAK BERENDAM...
BADAK BERENDAM
sumber : FB@Mas Cotek...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan jus pandan - blend 5 helai daun pandan
Air jika perlu
-- Satukan dan jadikan doh hingga tidak melekat di tangan seperti membuat kuih onde-onde/buah melaka.
Bahan Inti :
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul
-- Masak kesemua bahan ini, jangan sampai terlalu kering. Sejukkan.
Bahan Dadih : (masak hingga pekat)
2 cawan santan
1 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa
Penyediaan :
Didihkan air di dalam periuk. Bulatkan doh/saiz ikut suka. Masukkan inti dan bulatkan kembali. Masukkan ke dalam air mendidih (sama seperti membuat onde-onde/buah melaka). Apabila timbul, angkat dan toskan kemudian masukkan ke dalam dadih. Sedia untuk dinikmati...
No comments:
Post a Comment