KEK PISANG
▼
Saturday, December 10, 2016
CREME PUFF...
CREME PUFF WITH CUSTARD
CREAM FILLING
sumber : Ilham Dapur...
Bahan-Bahan :
95 gm tepung gandum berkualiti
2 1/4 sudu teh baking powder
2 biji telur - suhu bilik (saya guna 3 biji gred B)
75 gm mentega tanpa garam
1 sudu teh gula kastor
188 ml air
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit garam - abaikan jika guna mentega biasa
Cara-Cara :
1. Sebatikan tepung gandum, baking powder, garam dan ayak.
2. Dalam periuk satukan air, mentega dan gula, masak hingga mendidih.
3. Masukkan tepung, kacau dengan senduk kayu sampai menjadi doh yang licin dan tidak melekat di periuk, teruskan kacau dengan api perlahan selama 2-3 minit.
4. Tutup api, masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai dan sejukkan dahulu. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil dipukul biar sebati.
5. Masukkan nozzle besar bentuk bintang ke dalam piping bag, masukkan adunan tadi, paipkan ke atas loyang yang telah di alas dengan kertas minyak, jarakkan 1 inci.
6. Semburkan dengan sedikit air dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu selama 10 minit pada suhu 200'C selama 20-25 minit atau hingga kelihatan keperangan.
7. Sejukkan sepenuhnya dan potong ditengahnya dan isikan dengan filling.
Filling Kastad Cream :
200 ml Non-Dairy Whipping Cream - yang dah manis tu
1 cawan susu segar *
3 sudu besar tepung kastad *
3 sudu besar gula kastor *
secubit garam
Cara-Cara :
1. Sebatikan kesemua bahan bertanda (*) kemudian masak di atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat kemudian sejukkan sepenuhnya.
2. Di dalam bekas yang kering, putar whipping cream + secubit garam + sedikit esen vanilla hingga kental. Kemudian masukkan kastad yang sudah sejuk tadi dan sebatikan.
3. Masukkan ke dalam piping bag dan sedia untuk digunakan...
No comments:
Post a Comment