KEK PISANG
▼
Thursday, December 22, 2016
KUIH APAM MANJA...
KUIH APAM MANJA
sumber : zulfazalovescooking...
Bahan Untuk Kulit : (11 pcs)
1 cawan tepung naik sendiri ATAU guna tepung gandum + 1 sudu teh baking powder = ayak
1 biji telur gred A/B (saya guna gred A)
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan susu segar/susu cair
1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin - dicairkan
secubit garam
Cara-Cara :
Pukul telur dan gula sehingga kembang. Kemudian satukan dengan kesemua bahan-bahan lain dan kacau sehingga sebati. (Saya satukan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar selama 10 minit).
Kemudian buat bulatan kira-kira 4 inci lebar di atas kuali leper (sebaiknya non-stick pan), apabila ia kering letakkan inti (anggaran 1 sudu kecil) di bahagian tengah dan lipat, picit dan angkat. Buat hingga semua adunan habis.
Bahan Untuk Inti : (buat ini dulu)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung/tepung kastad
1/2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan air
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna kuning (optional)
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan untuk inti dan tapis. Masak di atas api perlahan sehingga likat dan berkilat. Tutup api dan sejukkan sebelum digunakan.
Nota : Untuk filling ; boleh guna : vanilla cream@cream custard, kaya atau inti kelapa...
camne rasanya ye...nampak sedap....
ReplyDeletecubalah buat..rasanya sedap adda..
ReplyDelete