KEK PISANG
▼
Saturday, December 17, 2016
LEMPENG BAWANG PUTIH...
LEMPENG BAWANG PUTIH
sumber : Majalah SAJI Disember 2016...
Bahan-Bahan :
3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu cair
3 1/2 cawan air
1 biji telur gred A/B
5 ulas bawang putih - hiris atau cincang
6 tangkai daun kucai - hiris (saya guna daun bawang)
Sedikit mentega
Garam
Cara-Cara :
1. Campur ke semua bahan kecuali mentega dan gaul sehingga adunan sebati.
2. Panaskan kuali leper atau non-stick pan dengan api sederhana dan cairkan sedikit mentega. Tuangkan sesenduk adunan dan ratakan. Ulang sehingga adunan habis.
3. Masak sehingga garing kuning keemasan.
4. Sedia dinikmati. Hidang bersama sambal tumis atau kuah asam pedas...
No comments:
Post a Comment