KEK PISANG
▼
Saturday, December 17, 2016
MUFFIN PANDAN...
MUFFIN PANDAN
sumber : Majalah Sedap Ogos 2014...
Bahan-Bahan : (12 pieces)
300 gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
150 gm gula pasir halus atau gula kastor
50 gm mentega tawar
2 biji telur gred B, pukul ringan
150 ml santan daripada 1/2 biji kelapa
50 ml air pandan serani daripada 30 helai daun pandan serani dan 2 helai daun pandan
50 gm cip coklat
Cara-Cara :
1. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik, masukkan garam dan gula pasir halus, kacau rata. Masukkan mentega tawar, kacau sehingga berbutir.
2. Campur telur, santan dan air pandan serani, kacau rata. Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum, kacau hingga rata.
3. Masukkan cip coklat, kacau hingga tercampur rata.
4. Tuangkan ke dalam loyang muffin yang dilapisi cawan kertas. Taburkan dengan sedikit kekacang pilihan, jika suka. Bakar dengan api bawah pada suhu 190'C selama 20 minit sehingga masak...
No comments:
Post a Comment