KEK PISANG
▼
Tuesday, January 24, 2017
AYAM MASAK BUTTER YANG SANGAT SEDAP...
AYAM MASAK BUTTER
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil (saya guna 1/2 ekor ayam, potong kecil)
2 sudu besar butter
1 sudu besar cili merah - dicincang
2 biji cili padi - dicincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheesedale (saya guna 3 keping)
230 ml susu cair - ikut kepekatan yang disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr (optional)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Bahan Perap :
1 sudu teh garam
1/2 sudu besar gula
2 sudu teh serbuk kari
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Cara Memasak :
1. Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Kemudian masak ayam sehingga kekuningan di dalam non-stick pan. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali dengan butter. Tumis cili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk perasa ayam Knorr, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur/bersalut pada ayam akan memekatkan kuahnya. (Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula)...
No comments:
Post a Comment