KEK PISANG
▼
Tuesday, January 24, 2017
DEVIL EGGS...
DEVIL EGGS
cookbook : Idea Hidang Party - Chef Fazalina; (sangat sedap)...
Bahan-Bahan :
6 biji telur rebus - dibelah 2
3 biji cili padi - dicincang halus
2 sudu makan sos pedas (saya guna sos cili jer)
4 sudu makan mayones
2 tangkai daun parsli - dicincang (saya guna yang kering dalam botol 'Mc Cormick')
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan :
1. Belah dua telur rebus. Letakkan di dalam pinggan berasingan.
2. Keluarkan kuning telur kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Berhati-hati supaya putih telur tidak rosak.
3. Campurkan cili padi, sos pedas, mayones, daun parsli dan garam secukup rasa ke dalam mangkuk berisi kuning telur tadi. Gaul sebati sehingga kuning telur betul-betul hancur.
4. Sudukan semula campuran kuning telur tadi ke dalam putih telur. Buat sehingga habis dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment