KEK PISANG
▼
Tuesday, January 24, 2017
JEJEMPUT IKAN BILIS...
JEJEMPUT IKAN BILIS
(sedap & lembut)...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum - diayak
1 keping roti - dicarik-carik (tambahan)
2 cawan air panas
1/2 cawan daun kucai - dipotong pendek
1/2 sudu teh garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Kisar Kasar :
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
1/2 cawan ikan bilis
1 biji telur
Cara-Cara :
1. Gaulkan semua bahan kecuali minyak supaya sebati. (saya tambahkan 1 keping roti yang dicarik-carik).
2. Biarkan selama 1/2 jam.
3. Panaskan minyak secukupnya dan sudukan adunan ke dalam kuali. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
4. Angkat, toskan. Hidangkan bersama sos cili ataupun kuah kacang.
INFO : Boleh tambahkan kepingan roti bagi menjadikan jejemput lebih gebu...
No comments:
Post a Comment