KEK PISANG
▼
Wednesday, January 18, 2017
CHURROS...
CHURROS
sumber : resipicitarasawan...
Bahan-Bahan :
125 gm marjerin/mentega
250 ml air
150 gm tepung gandum - diayak
3 biji telur gred A/B
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Salutan Gula : (Satukan)
60 gm gula kastor
2 sudu teh serbuk kayu manis
Bahan Sos Coklat :
50 ml thickened cream
120 gm coklat masakan - potong kecil
*** Masak secara double boil : panaskan krim, masukkan potongan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair..
Cara Penyediaan :
1. Masak air dan merjerin/mentega sehingga mendidih di dalam periuk. Tutup api, masukkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu sehingga menjadi adunan doh. Buka api semula dan kacaukan sekejap sehingga adunan doh tidak melekat di tepi periuk.
2. Angkat dan biarkan doh sejuk/suam dahulu baru dimasukkan telur. Adun doh dan telur sehingga sebati barulah dimasukkan telur berikutnya.
3. Setelah siap, masukkan ke dalam piping bag dengan nozle bentuk bintang.
4. Panaskan minyak yang banyak, paipkan adunan sepanjang 10 cm terus ke dalam minyak. Ketika adunan di paip, tutup atau kecilkan dulu api dapur. Jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa.
5. Goreng sehingga keperangan. Toskan di atas tisu dapur dan terus salutkan dalam gula kastor dan serbuk kayu manis tadi.
6. Hidangkan dengan sos coklat, jika suka...
No comments:
Post a Comment