KEK PISANG
▼
Wednesday, January 18, 2017
RESIPI SAYUR CAMPUR...
RESIPI SAYUR CAMPUR
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
2 biji bawang merah - hiris halus
4 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu makan ikan bilis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil serbuk pasti sedap Knorr
1 biji cili hijau atau cili merah - hiris
Air secukupnya - untuk kuah jika suka berkuah
Garam & gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Bahan-Bahan Sayuran :
Bunga kobis
Lobak merah
Baby jagung
Tomato
Kacang sepat
*** Cara pemotongan & kuantiti sayur ikut citarasa..
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram bersama sedikit air. (Air yang digunakan ikut citarasa kepada banyaknya kuah yang disukai).
3. Perasakan dengan serbuk pasti sedap Knorr, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan semua sayur-sayuran kecuali tomato. Biarkan seketika sehingga semua sayur-sayuran mesra, lembut sedikit dan sebati.
5. Akhir sekali masukkan tomato dan hirisan cili, kacau sekejap, tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment