KEK PISANG
▼
Friday, January 27, 2017
IKAN BERLADA...
IKAN BERLADA
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
4 ekor ikan kembung
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 tangkai daun bawang - hiris
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
sedikit serbuk kunyit
minyak masak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Kisar/tumbuk bawang merah dan bawang putih.
2. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak. Goreng ikan hingga masak. Letak dalam pinggan. Ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar/tumbuk hingga terbit minyak.
5. Masukkan cili kisar, sos tiram, garam dan gula. Kacau rata hingga terbit minyak sekali lagi.
6. Masak hingga pekat, sesuaikan rasa dan tutup api.
7. Curahkan ke atas ikan yang digoreng tadi dan taburkan daun bawang...
No comments:
Post a Comment