SAWI KECIL TUMIS SOS TIRAM
Bahan-Bahan :
1 paket sawi kecil
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ikan bilis (tak letak)
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kicap pekat
Sedikit udang kering
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga wangi.
2. Masukkan sawi, biar layu sekejap. Masukkan sedikit air, jika perlu.
3. Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata.
4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa. Tutup api.
5. Hidangkan. Tabur sedikit bawang goreng jika suka...
No comments:
Post a Comment