KEK PISANG
▼
Monday, January 16, 2017
KACANG PANJANG GORENG BERLADA...
KACANG PANJANG GORENG BERLADA
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 ikat kacang panjang - potong serong
1 peket tempe - hiris nipis & goreng garing
1 keping tauhu - hiris & goreng
2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sudu besar sambal pedas jenama SAJI - kepedasan ikut citarasa
Garam & gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit air, jika perlu
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan hiris (bawang merah & bawang putih) sehingga naik bau.
2. Masukkan pes sambal pedas dan tumiskan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kacang panjang, kacau sehingga kacang bertukar warna.
4. Kemudian masukkan tauhu dan tempe yang digoreng tadi, kacau. Masukkan sedikit air jika perlu.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sesuaikan rasanya dan tutup api.
6. Angkat dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment