KEK PISANG
▼
Monday, January 16, 2017
RASAM AYAM...
RASAM AYAM
Majalah SAJI Disember 2016 ; (sangat sedap)...
Bahan-Bahan :
1/4 ekor ayam - potong kecil & cuci bersih, toskan
Sedikit serbuk kari
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
Garam secukupnya
Bahan Kuah :
2 ulas bawang putih - kisar
1 labu bawang besar - kisar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
3 tangkai cili kering
2 sudu kecil pes asam jawa
1/4 kiub pati ayam
3 cawan air
1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
1 sudu kecil Italian herbs
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
3 tangkai daun ketumbar
Sedikit bawang goreng
Garam secukupnya
Cara Memasak :
1. Ayam digaul dengan serbuk kari dan garam. Kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan bawang putih, bawang besar yang dikisar, serbuk jintan putih, pes asam jawa, pati ayam dan serbuk kunyit. Biarkan ia mendidih.
3. Kemudian masukkan lada hitam, Italian herbs, cili kering dan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali bolehlah dimasukkan ayam yang digoreng tadi. Sesuaikan rasa dan tutup api.
5. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Angkat dan hidangkan panas...
No comments:
Post a Comment