KEK PISANG
▼
Friday, January 27, 2017
KUIH BADAK BERENDAM...
KUIH BADAK BERENDAM AZIE KITCHEN
Bahan Doh :
2 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan perahan air daun pandan (saya guna air biasa & sedikit pewarna merah)
1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara :
Campurkan garam dengan air pandan dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan tidak melekat di tangan.
Bahan Inti :
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan - disimpul
Gula pasir, jika suka
Cara-Cara :
Masak gula merah dan gula pasir bersama air dan daun pandan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.
Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum di bulat-bulatkan sebesar biji guli sehingga habis.
Bahan Kuah :
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan - disimpul
sedikit gula - jika suka
Cara-Cara :
Campurkan semua bahan, kacau rata. Masak di atas api sehingga sedikit likat/pekat anggaran selama 10 minit. Tutup api dan ketepikan dulu.
Cara Penyediaan : Ambil sedikit doh, dibulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dibulatkan kembali. Buat sehingga habis dan letakkan di atas plastik agar tidak melekat.
Sementara itu didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih kemudian masukkan kuih yang dibulatkan tadi dan masak sehingga ianya timbul dipermukaan. Angkat, toskan dan terus dimasukkan ke dalam bahan kuah. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment