KEK PISANG
▼
Saturday, January 28, 2017
MEE MAGGI GORENG MAMAK...
MEE MAGGI GORENG MAMAK
sumber : Azie Kitchen; (sedap)...
Bahan-Bahan :
3 paket Maggi perisa Kari - rebus/celur
2 paket perencah Maggi kari
Sayur - karot, kobis & sawi - sagat/hiris ikut citarasa
1/2 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
4 keping tauhu kering (tak letak tiada stok)
5-6 ekor udang - rebus/celur seketika
2 biji telur
2-3 biji cili padi - ketuk (optional)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam anggaran 2-3 sudu besar. Tumiskan bawang besar dulu sehingga layu baru masukkan bawang putih. Setelah wangi, masukkan udang, kacau rata untuk seketika.
2. Masukkan pula Maggi. (Maggi direbus dalam 2 minit. Angkat dan toskan. Lalukan di bawah air paip). Kacau rata.
3. Masukkan pula karot dan perencah kari Maggi. Masukkan pula sayur kobis dan sayur sawi serta tauhu.
4. Akhir sekali tuangkan telur dan kacau rata. Sebelum dihidangkan tabur cili merah hiris dan hias dengan daun ketumbar.
5. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment