KEK PISANG
▼
Saturday, January 28, 2017
KIWI HOKKAIDO CHIFFON CAKE...
KIWI HOKKAIDO CHIFFON CAKE
sumber : tiffinbiru... (9 pcs)
Bahan A :
3 biji kuning telur gred A
20 gm gula kastor
35 gm minyak jagung
60 ml susu segar
70 gm tepung kek/tepung gandum
Bahan B :
3 biji putih telur gred A
25 gm gula kastor
secubit garam
Bahan C :
65 gm Non-Dairy Whipping Cream
15 gm gula kastor
45 gm puri kiwi/filling (resipi asal puri strawberi segar)
Hiasan : Kiwi filling secukupnya (resipi asal buah strawberi segar)
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C; sediakan bekas untuk cupcake. Ketepikan.
Dalam mangkuk bersih, satukan kuning telur dan gula kastor (20 gm), kacau dengan whisk sehingga sebati dan pucat. Masukkan susu segar, minyak jagung dan kacau sebati. Ayakkan tepung ke dalam bancuhan dan gaul sehingga rata dan tidak berbintil-bintil. Ketepikan sebentar.
2. Dalam bekas lain yang bersih, putar putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula kastor (25 gm) dan secubit garam. Putar sehingga kental (soft peak), jangan sampai terlampau kental. Gaul 1/3 putih telur ke dalam bancuhan kuning telur, gaul dengan kaedah kaupbalik dengan spatula, kemudian masukkan baki putih telur dan gaul rata dan sebati.
3. Tuangkan ke dalam bekas cupcake sehingga hampir penuh (90%) kemudian bakar selama 25 minit, gunakan rak bahagian tengah. Biarkan kek betul-betul sejuk dan boleh lah dipaipkan dengan whipping cream. Hiaskan dengan kiwi filling ikut citarasa. Simpan kek tadi di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
4. Untuk whipping cream : Putar whipping cream dengan gula kastor (15 gm) sehingga kental. Masukkan kiwi filling, gaul rata dan bolehlah digunakan.
No comments:
Post a Comment