KEK PISANG
▼
Saturday, January 28, 2017
BUBUR SOM SOM...
BUBUR SOM SOM
sumber : Hanieliza...
Bahan A :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
3 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
1/2 sudu teh garam
Bahan B : (Air Gula Merah)
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan - dikoyak & disimpul
Cara Penyediaan :
1. Panaskan air di dalam pengukus.
2. Masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan. Kemudian sejukkan.
3. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan ke dalam periuk ataupun kuali non-stick.
4. Masakkan adunan sekadar naik wap dan tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan sedikit minyak.
5. Kukuskan selama 20 minit. Tutup api dan sejukkan. (8 inci bulat/persegi loyang atau acuan pilihan).
6. Potong dan hidangkan bersama air gula merah...
No comments:
Post a Comment