KEK PISANG
▼
Monday, January 2, 2017
ROTI JALA SOS STRAWBERI...
ROTI JALA SOS STRAWBERI
sumber : Majalah 'Sedap' bil. 46/2012...
Bahan Jala :
200 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 biji telur A/B - dipukul ringan
300 ml air
Bahan Sos :
200 gm jem strawberi
4 sudu makan air
2 sudu makan gula pasir
200 gm strawberi segar - dipotong dua bahagian
2 sudu teh tepung jagung dan 2 sudu teh air - larutkan
1 sudu teh air perahan lemon
Cara Penyediaan :
1. Roti Jala : ayak tepung gandum, masukkan garam kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Masukkan telur dan kacau rata.
2. Masukkan adunan ke dalam plastik tiga segi@piping bag. Potongkan hujung plastik dan tekankan ke dalam kuali rata anti lekat membentuk jala-jala. Biarkan sehingga masak. Angkat dan lipat.
3. Sos Strawberi : di dalam periuk, rebus jem, air dan gula sehingga mendidih. Masukkan strawberi segar, kacau rata. Masukkan larutan tepung jagung. Masak sambil dikacau sehingga meletup-letup. Masukkan air perahan lemon, kacau rata dan tutup api.
4. Hidangkan roti jala bersama sos strawberi...
INFO : Gunakan api kecil ketika membuat roti jala supaya tidak terlalu kering...
No comments:
Post a Comment