KEK PISANG
▼
Sunday, February 5, 2017
AKOK ROTI...
AKOK ROTI
rujukan : Ilham Dapur...
Bahan-Bahan : (12 pcs)
4 biji telur gred A
100 ml santan
100 ml air
90 gm nisan kelantan atau gula melaka
100 gm roti - timbang bahagian putih saja
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 sudu teh esen vanilla
secubit garam
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160'C, sapukan sedikit minyak/cooking spray pada acuan muffin.
2. Di dalam periuk, masak air bersama nisan kelantan atau gula melaka, daun pandan sehingga nisan/gula melaka larut, menggunakan api sederhana kecil.
3. Di dalam mesin pengisar, masukkan roti, air nisan/gula melaka tadi dan santan, dan kisarkan sekejap sekadar roti hancur kemudian masukkan telur, esen vanilla, garam dan kisarkan sebati biar menjadi seperti berpasir halus gitu, jangan kisar sampai berkrim ye.
4. Tuangkan adunan separuh acuan, bakar selama 35-40 minit (semasa bakar kuih akan menggelembung penuh dalam acuan, selepas dikeluarkan dari oven ia akan mengecut).
5. Keluarkan dari acuan, terbalikkan kuih biarkan bahagian bawah duduk di atas, maknanya yang berkedut itu rupa bawah kuih, permukaannya tidak berkedut.
No comments:
Post a Comment