KEK PISANG
▼
Sunday, February 5, 2017
GULAI LEMAK CILI API...
GULAI LEMAK CILI API
IKAN KELI SALAI
Bahan-Bahan :
4 ekor ikan keli yang siap disalai
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat-siat
1 paket kecil santan pekat
Air secukupnya
2 keping asam gelugur
Garam & serbuk perasa secukupnya
Bahan tumbuk/kisar lumat :
10 biji cili api (lebihkan jika suka pedas)
2 inci kunyit hidup
Cara Memasak :
Masukkan bahan tumbuk/kisar dan sedikit air ke dalam periuk/kuali. Masak sehingga airnya kering. Masukkan santan pekat dan air secukupnya. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain. Masak sehingga mendidih dengaan api sederhana dan dikacau selalu untuk mengelakkan pecah lemak. Bila ikan sudah masak, sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment