KEK PISANG
▼
Wednesday, February 22, 2017
AYAM MASAK LADA HITAM...
AYAM MASAK LADA HITAM
rujukan : resipisedap...
Bahan-Bahan :
5 ketul ayam (saya guna 1/2 ekor dipotong kecil)
6 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - dihiris
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
beberapa biji cili padi - jika suka
6 biji tomato ceri (saya tambah)
20 biji sayur kacang sepat@snowpea (saya tambah)
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam & gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng & menumis
Bahan Perap :
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara Memasak :
1. Perapkan ayam selama 30 minit bersama bahan perap. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
2. Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan tumbuk, halia dan serbuk lada hitam sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram, kicap manis, cili padi (jika suka), air dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam, sayur kacang sepat, tomato ceri dan gaul sehingga sekata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan air tadi, kacau sebati.
7. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment