KEK PISANG
▼
Tuesday, February 21, 2017
RESIPI KARI KEPALA IKAN...
KARI KEPALA IKAN
rujukan : resipinannie...
Bahan-Bahan :
1 kepala ikan merah atau boleh diguna ikan lain (saya guna ikan tenggiri) (1 kg-1.5 kg)
5 biji bawang merah - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1 inci halia - dimayang halus (tambahan)
1 batang kulit kayu manis (tambahan)
2 kuntum bunga lawang (tambahan)
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili kering kisar
1 paket rempah kari ikan BABAS
3 cawan santan pekat - boleh tambah
3 biji tomato masak ranum - dipotong kecil-kecil
4 biji terung panjang - dibelah tanpa putus
Air asam jawa secukupnya
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Bersihkan kepala ikan dan kupas semua bawang serta racik nipis-nipis kemudian potong tomato menjadi ketulan kecil dan terung dibelah tanpa putus setiap satunya.
2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kulit kayu manis, bunga lawang, halia, halba campur serta daun kari sehingga terbit bau.
3. Kemudian masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu. Masukkan cili kisar tadi dan kacau sekejap sehingga cili masak.
4. Masukkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air serta kacau (jadikan pes) kemudian masukkan di dalam periuk tadi. Rempah kari mesti sentiasa dikacau agar tidak menjadi hangit. Masukkan sedikit air jika perlu. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.
5. Bila rempah sudah terbit minyak, masukkan santan. Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan terung, kepala ikan dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika sehingga terung lembut. Masukkan air asam jawa secukup rasa. Sesuaikan rasa dan masam kuah.
6. Bila ikan dan terung sudah masak, tutup api. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment