KEK PISANG
▼
Wednesday, February 15, 2017
BISKUT CRUNCHY CARAMEL ALMOND...
RESIPI BISKUT CRUNCHY
CARAMEL ALMOND
rujukan : iResipi.com/Che'Nom)...
Bahan-Bahan :
200 gm tepung Florentine/Bienetta
150 gm kepingan badam (sliced almond)
50 gm kuaci putih (sunflower seed)
100 gm kuaci hijau (pumpkin seed)
2 sudu besar bijan hitam
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160'C.
2. Bakar kekacang selama 5 minit atau hingga masak rangup.
3. Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam.
4. Tuangkan ke atas loyang berukuran 14"x14" yang dilapikkan dengan kertas parchment. Tujuannya ialah supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.
5. Bakar pada suhu 160'C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika ianya masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.
TIPS : boleh guna acuan tat yang digris atau aluminium foil yang paling kecil dan leper. Tabur/masukkan 1 sudu kecil adunan biskut dan terus bakar. Sejukkan seketika dan keluarkan dari acuan...
No comments:
Post a Comment