KEK PISANG
▼
Wednesday, February 15, 2017
SAMBAL KICAP AYAM...
SAMBAL KICAP AYAM
rujukan : buku masakan Hanieliza...
Bahan-Bahan :
500 gm ayam
10 biji tomato ceri (saya tambah)
2 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut - dikoyak
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak masak
Garam (sekiranya perlu)
Bahan Dikisar :
20 tangkai cili kering - direndam dalam air panas hingga lembut & toskan
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air
Cara Memasak :
1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5. Masakkan hingga naik minyak. Akhir sekali masukkan tomato ceri.
6. Biarkan seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment